Lebih 50 Murid, Guru Kena Histeria Di Kota Baru - Berita Semasa | mStar

Lebih 50 Murid, Guru Kena Histeria Di Kota Baru

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 5:16 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Satu kejadian menggemparkan sebuah sekolah menengah di sini apabila lebih daripada 50 pelajar perempuan dan guru diserang histeria.

Tinjauan di sekolah itu pada Rabu menunjukkan kebanyakan pelajar tidak berada dalam kelas masing-masing sebaliknya ditempatkan di satu kawasan lapang.

Ada yang berkata mereka tidak menghadiri sesi pembelajaran kerana sekolah mereka diserang histeria pada Isnin lepas.

"Ia seperti ini setiap hari, malah ada guru perempuan juga terkena histeria dan kami tidak dapat belajar," kata seorang pelajar tingkatan tiga.

Seorang lagi pelajar tingkatan Lima berkata, dia bercadang untuk tidak hadir ke sekolah pada hari berikutnya.

"Saya fikir adalah lebih baik jika sekolah ini ditutup sehingga mereka berjaya mencari jalan penyelesaian," katanya.

Sesetengah pelajar mendakwa mereka melihat segala macam makhluk halus seperti pontianak dan pochong.

Dipercayai bahawa Jabatan Pelajaran Negeri menghantar beberapa orang ustaz ke sekolah untuk membaca ayat-ayat al-Quran dan memimpin solat hajat di kalangan murid-murid dan kakitangan.

Guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain enggan mengulas mengenai perkara itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Jaafar Ismail ketika dihubungi, berkata kejadian itu adalah perkara dalaman sekolah.

Tags / Kata Kunci: Histeria
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan