PRN Sarawak: BN Perlu Namakan Lapan Lagi Calon

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional Sarawak perlu mengumumkan lapan lagi calon untuk pilihan raya negeri ke-11 selepas mengumumkan 74 calon setakat ini.

Lapan calon itu adalah bagi kerusi Tasik Biru, Krian, Meradong, Pakan, Meluan, Pelawan, Marudi dan Ba'Kelalan.

Enam daripada kerusi itu pernah ditandingi SPDP pada pilihan raya lalu, pada 2011, iaitu Tasik Biru, Krian, Pakan, Meluan, Marudi dan Ba'Kelalan manakala SUPP pernah bertanding di Meradong dan Pelawan.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga Pengerusi BN Sarawak, telah mewujudkan duluan dengan menamakan calon-calon parti itu sebelum hari penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual bermesyuarat di Kuching esok untuk membuat keputusan mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam pilihan raya yang akan menyaksikan pertandingan untuk 82 kerusi, lebih 11 daripada tahun 2011 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Berikut adalah senarai 74 calon yang diumumkan setakat ini:


1. Tan Sri Adenan Satem (PBB) - Tanjung Datu 
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) - Pantai Damai 
3. Dr Hazland Abg Hipni (PBB) - Demak Laut
4. Fazaruddin Abdul Rahman (PBB) - Tupong
5. Sharifah Hasidah Sayeed Aman (PBB) - Semariang
6. Datuk Amar Abg Johari Tun Openg (PBB) - Satok
7. Peter Pau (SUPP) - Padungan 
8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) - Pending 
9. Sih Hua Tong (SUPP) - Batu Lintang
10. Wilfred Yap (SUPP) - Kota Sentosa

11. Lo Khere Chiang (SUPP) - Batu Kitang (kerusi baharu)
12. Datuk Dr. Sim Kui Hian (SUPP) - Batu Kawah 
13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) - Asajaya 
14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) - Stakan (kerusi baharu)
15. Datuk Ronald Sagah Wee (PBB) - Tarat
16. Datuk Seri Michael Manyin (PBB) - Tebedu
17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) - Kedup
18. Aidel Lariwoo (PBB) - Sadong Jaya
19. Datuk Narodin Majais (PBB) - Gedong (kerusi baharu)
20. Julaihi Narawi (PBB) - Sebuyau 

21. Simoi Peri (PBB) - Lingga
22. Razali Gapor (PBB) - Beting Maro
23. Snowdan Lawan (PRS) - Balai Ringin
24. Datuk Mong Dagang (PRS) - Bukit Begunan
25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) - Simanggang 
26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) - Batang Ai
27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) Saribas
28. Gerald Rentap Alfred Jabu (PBB) Layar 
29. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB) Bukit Saban
30. Datuk Len Talif Salleh (PBB) - Kuala Rajang

31. Abdullah Saidol (PBB) Semop 
32. Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP) Repok
33. Alexander Vincent (PRS) Ngemah 
34. Allan Siden Gramong (PBB) Machan
35. Chieng Buong Toon (SUPP) Bukit Assek
36. Dr Annuar Rapaee (PBB) Nangka 
37. Datuk Fatimah Abdullah (PBB) Dalat 
38. Yussibnosh Balo (PBB) Telian (kerusi baharu)
39. Abdul Yakub Arbi (PBB) Balingian
40. Christopher Gira (PRS) Tamin 

41. John Sikie Tayai (PRS) - Kakus 
42. Wilson Nyabong Ijang (PRS) Pelagus 
43. Tan Sri James Jemut Masing (PRS) Baleh 
44. Liwan Lagang (PRS) Belaga
45. Chuk Pai (PRS) Murum (kerusi baharu) 
46. Datuk Talip Zulpilip (PBB) Jepak
47. Datuk Dr Stephen Rundi Utom (PBB) Kemena 
48. Majang Renggie (PRS) Samalaju (kerusi baharu)
49. Ripin Lamat (PBB) Lambir
50. Datuk Sebastian Ting (SUPP) Piasau

51. Datuk Lee Kim Shin (SUPP) Senadin 
52. Dennis Ngau (PBB) Telang Usan 
53. Datuk Abdul Rahman Ismail (PBB) Bukit Kota 
54. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) Bukit Sari
55. Paulus Gumbang (Teras/calon langsung) - Batu Danau
56. Rosey Yunus (Teras/calon langsung) - Bekenu
57. Datuk Dr Jerip Susil (UPP/calon langsung) - Mambong 
58. Dr Johnical Rayong (UPP/calon langsung) - Engkilili
59. Datuk Idris Buang (PBB) Muara Tuang
60. Awla Dris (PBB) Simunjan 

61. Shafie Hj Ahmad (PBB) Daro
62. Datuk Dr Juanda Jaya (PBB) Jemoreng
63. Mohd Chee Kadir (PBB) Kabong (kerusi baharu)
64. Jefferson Jamit Unyat (PBB) - Bukit Goram (kerusi baharu)
65. Datuk Abdul Wahab Aziz (PBB) Kalaka
66. Datuk Ambrose Blikau (PBB) Katibas
67. Miro Simuh (PBB/calon langsung) Serembu (kerusi baharu)
68. John Ilus (PBB/calon langsung) - Bukit Semuja (kerusi baharu).
69. Datuk Gerawat Gala (PBB/calon langsung) - Mulu (kerusi baharu)
70. Datuk Pau Chiong Ung (SPDP/calon langsung) Tanjung Batu

71. Ranum Mina (UPP/calon langsung) - Opar
72. Datuk Tiong Thai King (UPP/calon langsung) Dudong
73. Datuk Sri Wong Soon Koh (UPP/calon langsung) Bawang Assan
74. Pujut Datuk Hii King Chiong (UPP/calon langsung) - Pujut

Gerald Rentap, 42, dan Allan Siden, 30, akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Gramong Juna, selama sembilan penggal.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Persekutuan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dikatakan bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri jika beliau memenangi kerusi Bukit Saban.

Tags / Kata Kunci: PRN Sarawak , BN

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan