Zainuddin Terkenang Jasa Said Zahari Dan Mogok Utusan Melayu 1961

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mogok pekerja akhbar Utusan Melayu yang diketuai Said Zahari pada 1961 merupakan peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakan oleh bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin apabila mengenangkan pemergian tokoh kewartawanan itu tengah hari Selasa.

Zainuddin mengimbau kembali tindakan Allahyarham menentang pengambilalihan Utusan Melayu oleh Umno sehingga mengakibatkan Said disingkirkan daripada Utusan Melayu waktu itu yang kini dikenali sebagai Utusan Malaysia.

"Bagaimanapun permusuhan Said Zahari dengan Utusan telah pulih apabila saya sebagai Ketua Pengarang Utusan Malaysia menjemput beliau hadir di majlis meraikan 50 tahun Utusan pada tahun 1989 yang baginya dirasakan amat terlalu besar," katanya. 

Tokoh kewartawanan dan bekas Pengarang Utusan Melayu Said Zahari yang lebih dikenali sebagai Pak Said meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi pada usia 88 tahun, di Puncak Alam, Shah Alam.

Zainuddin berkata Allahyarham yang mengambil beliau bekerja di Utusan Melayu sebagai pemberita sambilan di Alor Setar pada 1958.

Beliau turut berkongsi catatan Said Zahari dalam bukunya bertajuk 'Meniti Lautan Gelora' yang dilancarkan pada 5 April 2001 sewaktu Zainuddin menjawat jawatan Timbalan Menteri Penerangan.

Katanya catatan itu berbunyi: "Terima Kasih atas keberanian dan kesanggupan saudara 'membawa balik' saya ke pangkuan Utusan Melayu. Biarpun apa yang telah terjadi. Kefahaman anda mengenai sejarah dan peranan saya di Utusan dalam tahun 1950-an dan awal 1960-an serta penghargaan anda mengenainya adalah luar biasa dan mengagumkan. Saya tabik anda untuk itu."

Zainuddin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pejuang nasional yang berani, tidak berputus-asa, gigih, dan keras serta memiliki semangat yang luar biasa.

Menurut beliau, keberanian Said Zahari terserlah apabila terlibat dengan gerakan nasionalis kiri yang telah menyebabkan beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 17 tahun ketika Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri negara itu.

Zainuddin sempat menziarahi Allahyarham pada tahun lepas sewaktu beliau tidak sihat.

Said Zahari pernah dianugerahkan Wartawan Cemerlang Negara oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia pada 2009 dan Tokoh Kebebasan Akhbar pada 2001.

Allahyarham juga pernah menjadi Ketua Parti Rakyat Singapura hanya selama tiga jam sebelum ditahan.

Beliau pernah menghasilkan beberapa buku seperti "Dark Clouds at Dawn - A Political Memoir", "Towards the Correct Path" (versi Mandarin) pada 2001 dan menulis puisi dan esei ketika di dalam penjara termasuk "The Long Nightmare: My 17 Years as a Political Prisoner".-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan