Sultan Nazrin Tegur Pemaju Swasta Cenderung Bina Rumah Mewah

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Selasa menegur pemaju perumahan swasta yang dilihat lebih cenderung memenuhi matlamat meraih keuntungan besar dengan membina rumah mewah.

Baginda bertitah pemaju swasta wajib sama-sama mengambil tanggungjawab, membina lebih banyak rumah kediaman yang mampu dimiliki rakyat berpendapatan rendah.

Sultan Nazrin juga bertitah harga rumah di Malaysia meningkat lebih 100 peratus sepanjang tempoh 14 tahun lalu.

"Berdasarkan data daripada Jabatan Perumahan Negara antara tahun 2000 dan 2014 peningkatan harga rumah adalah sebanyak 109.6 peratus. 

"Peningkatan ini ternyata tidak selari dengan kenaikan gaji di Malaysia pada kadar purata 2.6 peratus setahun," titah baginda pada istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Sultan Nazrin bertitah di Perak, 72.8 peratus isi rumah pada tahun 2014 berada di bawah pendapatan RM5,000 sebulan.

Sehubungan itu baginda bertitah menyedari tentang keperluan perumahan terutama dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah, kerajaan negeri memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik.

Titah baginda, untuk tujuan tersebut Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak akan ditubuhkan antara lain bertujuan mengawal selia pembangunan hartanah serta projek perumahan awam selain membina lebih banyak rumah mampu milik.

"Langkah tersebut sangatlah bertepatan, terpuji dan membuktikan kesungguhan kerajaan negeri Perak untuk membela serta membantu kumpulan rakyat berpendapatan rendah," titah baginda. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan