Pengetua Tidak Boleh Berdiam Diri Jika Berlaku Kes Buli

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 11:46 AM

Khair Mohamad Yusof.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pengetua dan guru besar diingatkan supaya tidak hanya berdiam diri jika berlaku kes buli di sekolah, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Beliau berkata peratusan kes buli dan pergaduhan dalam kalangan pelajar hanya dua peratus setahun tetapi apabila berlaku impaknya sangat besar.

Katanya terdapat garis panduan dan prosedur seperti pekeliling 8/2010 dan 2011 yang menyatakan dengan jelas, langkah-langkah pencegahan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kejadian sedemikian.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan pengetua dan guru besar supaya peka dengan dasar transformasi yang diilhamkan kepimpinan negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Pengetua dan guru besar sememangnya memikul tanggungjawab besar bukan sekadar memimpin para guru dalam memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu, malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetuai Sekolah Malaysia di sini malam tadi.

Tambah beliau pengetua dan guru besar juga perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi mengajak pekerja bawahan bergerak dalam satu pasukan bagi mencapai matlamat yang digariskan.

"Dengan kata lain pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berkebolehan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan mengikut situasi dan keadaan serta bijaksana dalam tindakan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan