Pegang Prinsip Persahabatan, Taat Setia Perjuang Kepentingan Umno - Najib

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 9:47 PM

Najib disambut anggota kelab ketika majlis Sepetang Bersama Sahabat Sezaman Kelab N87 pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota dan pemimpin Umno berpegang pada prinsip persahabatan dan taat setia dalam memperjuangkan kepentingan parti itu.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata mereka perlu konsisten dalam menjaga parti untuk generasi akan datang memandangkan pemimpin 'boleh datang dan pergi' namun perjuangan dan istiqamah terhadap parti kekal.

Beliau menyifatkan tindakan menegur atau memberi pandangan terhadap pemimpin bukanlah satu masalah tetapi ia tidak boleh dibuat di luar batas perlembagaan dan tatasusila parti.

"Kita tidak boleh buat sesuatu yang di luar perlembagaan dan tatasusila parti sebab apa yang kita buat di luar parti akan merosakkan parti.

"Tapi, perlu diingatkan kalau parti masih kekal, perjuangan boleh diteruskan kerana pemimpin boleh datang dan pergi, tak jadi masalah tetapi parti kita mesti dipertahankan," katanya berucap pada Majlis Sepetang Bersama Sahabat Sezaman Pemuda di sini Selasa.

Majlis berkenaan dianjurkan Kelab Sahabat Najib Razak N87 yang terdiri daripada bekas ketua Pemuda Umno sezaman dengan Najib.

Justeru, Najib berkata setiap pemimpin yang masih memegang jawatan dalam parti atau telah melepaskan jawatan haruslah menjaga parti dengan mengamalkan istiqamah.

"Pada saya, saya hanya hormat orang yang ada prinsip meskipun hanya tinggal sehelai sepinggang tetapi mempunyai maruah diri dan masih tetap konsisten pada perjuangan untuk orang Melayu.

"Kita perlu jaga kepentingan parti ini untuk generasi akan datang. Sejarah akan hukum kita sekiranya kita tidak jaga kepentingan orang Melayu. Ini adalah wajib sumpah setia kita," katanya.

Perdana Menteri menegaskan sumpah setia pada parti adalah selama-lamanya dan bukan setakat waktu memegang jawatan atau waktu-waktu tertentu sahaja disebabkan perjuangan tidak mengenal masa atau umur.

Katanya perjuangan perlu diteruskan kerana matlamat yang ingin dihajati belum menjadi kenyataan walaupun Umno telah mencapai banyak kemajuan dan kejayaan.

"Adalah wajib untuk kita menjaga perjuangan parti dan sumpah setia yang diikrarkan, tanpa mengira apa jua jawatan yang dipegang, sama ada presiden parti atau tidak memegang jawatan atau bersara.

"Sumpah setia ini perlu dipegang sampai akhir hayat, bukan kepada saya tetapi kepada parti Umno," katanya.

Terdahulu, Najib turut melawat pameran yang memaparkan gambar-gambar beliau sejak melibatkan diri dalam politik 40 tahun lepas.

Kira-kira 1,000 anggota kelab Sahabat hadir pada perjumpaan itu antaranya bekas ketua Pemuda Umno bahagian dan cawangan semenjak tahun 1987 yang ketika itu Najib menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri selaku Naib Presiden Umno merangkap penaung Kelab Sahabat Najib Razak (N87) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Kelab Sahabat Najib Razak (N87) Datuk Suleiman Mohamad. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Umno

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan