"Berat Hati, Tetapi Permulaan Rayani Air Terbang Lebih Tinggi" - Ravi

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 8:07 AM

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran. - gambar oleh, IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran menerima notis penggantungan operasi selama tiga bulan dengan berat hati, namun tetap menyifatkan ia sebagai permulaan untuk syarikat penerbangan itu 'terbang lebih tinggi' pada masa akan datang.

Beliau berkata, walaupun syarikat berkenaan awalnya terlebih dahulu mengumumkan penggantungan operasi pada Sabtu lalu, tetapi ia terpaksa dilakukan susulan tindakan mogok juruterbangnya sehingga masalah berkaitan dapat diatasi.

Menurut Ravi, pihaknya menerima notis penggantungan operasi selama tiga bulan yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada petang Isnin.

"Kami terima notis ini dengan berat hati. Bagaimanapun kami melihat apa yang berlaku sebagai permulaan untuk Rayani Air terbang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Dalam tempoh ini (penggantungan), kami akan berusaha untuk memperbaiki dan menyelesaikan segala masalah berkaitan operasi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabatnya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai DCA mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa Isnin.

Ravi yang mengakui Rayani Air mengalami masalah kewangan sehingga menjejaskan operasi ketika ini berkata, pihaknya akan mewujudkan pelan baharu menerusi penstrukturan semula syarikat penerbangan itu.

Tambahnya, pelan baharu tersebut termasuk perolehan dana, menyelesaikan tunggakan gaji pekerja, mendapatkan lebih ramai juruterbang dan menambah pesawat.

"Semuanya berkaitan dana dan operasi, kami akan berusaha untuk mengatasinya sebaik mungkin," kata Ravi.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan dan penumpang yang terus memberikan sokongan, sambil memberi jaminan bahawa syarikat penerbangan itu akan beroperasi kembali.

"Rayani Air juga mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Malaysia Airlines dan AirAsia kerana memberi sokongan secara tidak langsung dengan menawarkan diskaun kepada penumpang kami yang terjejas akibat penggantungan ini.

"Kami melihatnya sebagai satu sokongan dalam industri penerbangan negara demi kebaikan penumpang Rayani Air," ujar Ravi.

Malaysia Airlines dan AirAsia pada Isnin menawarkan harga tambang dengan diskaun kepada penumpang Rayani Air yang terjejas susulan penggantungan operasi syarikat berkenaan.

Pada Isnin, Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, inkuiri ke atas Rayani Air akan dijalankan pada 12 Mei depan berhubung perintah penggantungan.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , Air Asia , Malaysia Airlines , DCA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan