Pekerja Warga Thailand Mangsa Ke-18 Strok Haba Di Kedah

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pekerja buruh warga Thailand dilaporkan mengalami strok haba akibat cuaca panas di Langkawi petang Isnin.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata lelaki berusia 46 tahun itu bekerja di sebuah tapak pembinaan mengalami kekejangan pada kedua-dua tangan dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 3 petang.

Beliau berkata lelaki tersebut bekerja di bawah panas terik selama empat jam sebelum itu, tiba di Hospital Langkawi pada pukul 3.30 petang bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya hasil pemeriksaan, suhu badan mangsa berada pada 42 darjah Celsius dan selepas sejam dirawat, mangsa kembali sedar serta suhu badan telah turun kepada 39.7 darjah Celsius. 

"Mangsa telah dimasukkan ke wad bagi rawatan lanjut. Setakat ini jumlah kes berkaitan cuaca panas di negeri ini berjumlah 18 kes, kes pertama berlaku pada 2 Mac lepas," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa. 

Dr Norhizan berkata daripada 18 kes yang direkodkan, sebanyak tiga kes mengalami kekejangan otot, 14 kes keletihan haba dan satu kes strok haba. 

Beliau berkata tujuh kes melibatkan pelajar sekolah yang mana satu kes pelajar mengalaminya ketika melakukan aktiviti di sekolah manakala enam kes di luar waktu persekolahan.

Beliau berkata dua kes lagi berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur tiga hingga lima tahun dan satu kes membabitkan seorang warga emas berumur 81 tahun. 

"Lapan kes lagi mangsa berumur 20 hingga 51 tahun. Daripada 18 kes yang dilaporkan, enam kes dimasukkan ke wad dan 12 lagi mendapat rawatan sebagai pesakit luar," katanya. 

Katanya orang ramai perlu mematuhi nasihat yang telah diberikan oleh pihaknya menerusi pelbagai medium bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan berkaitan cuaca panas kerana jika lewat mendapat rawatan, ianya boleh menyebabkan kematian. -- Bernama



iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan