KWSP Jangka 1.5 Juta Ahli Beralih Kepada Simpanan Patuh Syariah

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangka kira-kira 1.5 juta anggotanya akan beralih kepada dana patuh syariah sepenuhnya (KWSP-i) selepas ia diperkenal pada Januari 2017.

"Ia adalah satu lagi pilihan untuk anggota memutuskan sama ada memilih dana syariah atau kekal dengan dana konvensional yang ada sekarang," kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

"Tetapi berdasarkan kajian yang kami jalankan dan maklum balas yang kami terima daripada orang ramai, setakat ini kira-kira 1.5 juta anggota akan beralih kepada KWSP-1 pada tahun pertama," katanya kepada pemberita di Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL 2016) ke-12, di sini Selasa.

KWSP merancang untuk melancarkan dana KWSP-1 pada Januari dengan saiz dana awal di antara RM80 bilion dan RM100 bilion.

Setakat September 2015, KWSP mempunyai 14.45 juta anggota dengan anggota aktif dan menyumbang berjumlah 6.74 juta.

Sehingga 31 Disember 2015, kira-kia 40 peratus daripada jumlah pelaburan KWSP adalah patuh syariah.

Sementara itu, sesi pleno penutup bertajuk 'Mengemudi Normal Baharu' pada majlis yang sama, Shahril berkata, KWSP mengamal normal baharu dalam industri itu dengan meningkatkan ketelusan pengurusan syarikat.

"Kami telah menawarkan banyak data berbanding beberapa tahun lepas. Malah kami adalah antara beberapa dana di negara ini yang mengumumkan laporan setiap suku," katanya dengan menambah ketelusan tadbir urus adalah sebahagian daripada usaha memenuhi harapan anggota.

Perjanjian perdagangan bebas seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik akan menawarkan saingan lebih terbuka kepada negara peserta, katanya.

Ia akan membantu menstruktur semula landskap daya saing dan memberi kesan positif dalam jangka panjang," tambahnya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KWSP , KWSP-i

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan