Keindahan Pulau Perhentian Tercemar

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hampir satu tan ketulan tar minyak dikumpulkan di pantai Pulau Perhentian Besar sejak Jumaat lalu.

Operator resort, Hwang Pei See yang membantu membersihkan pantai bersama-sama dengan kakitangan dan tetamunya berkata kemunculan ketulan minyak kini berlaku setiap tahun dan ia adalah pencemaran yang amat membimbangkan.

"Pada masa ini ia tidak menjejaskan perniagaan kami tetapi jika keadaan menjadi lebih teruk, terumbu karang akan terjejas.

"Ia secara tidak langsung akan menjejaskan perniagaan kami dan imej pelancongan negara akan menderita," katanya kepada The Star.

"Kami telah membersihkan pantai sejak empat hari lalu. Dua hari pertama adalah sangat teruk tetapi saya gembira kerana selain daripada para sukarelawan, tetamu resort juga membantu membersihkan pantai," katanya.

Pengurus Projek Pemulihan Fuze Ecoteer-Komuniti Perhentian, Ainn Haris berkata sebanyak 936kg tar dikumpulkan secara manual dalam beg sampah.

"Kami menjangkakan untuk melihat tumpahan minyak selepas diberitahu oleh pengusaha bot yang membawa penyelam di sekitar pulau ini yang menyatakan mereka melihat tompokan minyak," kata Ainn.

Ainn berkata setiap tahun, tumpahan minyak dari laut terbuka akan terdampar di pantai Pulau Perhentian Besar sebelum sampai ke Perhentian Kecil.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan