Hati-Hati Makan 'Kek Biji Popi'

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 11:05 AM

Gambar hiasan dari Google.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran agar berhati-hati ketika membeli atau memakan kek yang mengandungi biji popi iaitu benih ganja yang diharamkan di Malaysia, bagi mengelakkan mereka daripada terperangkap memakan kek yang mengandungi dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur SAC Wan Abdullah Ishak berkata jika air kencing pembeli diuji, hasil ujian air kencing mereka akan didapati positif dadah dan mereka boleh ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah di dalam badan.

Kesalahan itu jika disabitkan, mereka boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.

"Walaupun individu itu boleh berkata mereka tidak mengambil dadah tetapi kandungan biji popi yang terdapat dalam kek itu boleh menyebabkan mereka yang merasakan dirinya tidak bersalah itu, didakwa kerana dadah," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata sejak minggu lepas, polis mengesan terdapat pengusaha kek di ibu kota, meletakkan biji popi di atas kek mereka dan dijual kepada umum, untuk melariskan jualan perniagaan mereka.

Berikutan itu, Wan Abdullah berkata polis menjalankan ujian saringan terhadap biji popi tersebut dan hasil ujian mendapati bahan kek berkenaan positif dadah jenis morfin.

"Kami dapati sepotong kek itu dijual dengan harga RM13 dan mereka secara terang-terangan menamakan kek itu dengan pelbagai rasa termasuk 'Lemon Poppy Seed'. Pembeli yang memakan kek berkenaan dalam kuantiti yang banyak akan menjadi khayal," katanya.

Beliau berkata perbuatan itu menjadi kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dengan hanya memiliki kurang daripada 5 gram biji ganja dari pokok popi boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM20,000.

Bagaimanapun, Wan Abdullah berkata masih terlalu awal untuk mengambil tindakan terhadap pembekal atau penjual kek itu kerana pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi.

Malah, beliau berkata polis akan menjalankan ujian lanjut di Jabatan Kimia Malaysia untuk menentukan kesahihan sama ada bahan yang terkandung dalam kek itu benar-benar dadah atau sebaliknya.

Biji popi atau dikenali biji kas-kas di Malaysia merupakan bahan yang digunakan untuk tujuan masakan dan turut dipakai secara meluas dalam bahan masakan di beberapa negara di Eropah, Timur Tengah dan India.

Tags / Kata Kunci: Biji Popi , Dadah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan