Debat Taman Manggis: Guan Eng Dedah Soalan Untuk Abdul Rahman

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan 15 soalan yang disediakan untuk dijawab Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sebelum itu, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terlebih dahulu menyenaraikan 15 soalan yang perlu dijawab oleh Guan Eng menerusi laman Facebooknya.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Guan Eng bertanya kepada Abdul Rahman sama ada beliau boleh menafikan bahawa pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan menyebut perumahan adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

"Mengapa Pulau Pinang terpinggir dengan bilangan PPR yang kecil, hanya 999 unit daripada keseluruhan 102,118 unit atau hanya 0.98%?," soal Guan Eng di laman Facebooknya, petang Selasa.

Guan Eng berkata jika Taman Manggis dikhaskan untuk projek PPR seperti didakwa Abdul Rahman, beliau sepatutnya menjelaskan bagaimana pelan susun atur yang dikemukakan Jabatan Perumahan Negara di bawah kementeriannya pada 2001 menunjukkan tanah tersebut untuk tujuan 'pembangunan masa depan'.

"Adakah beliau akan menafikan kerajaan BN sebelum ini tidak mahu lagi membina PPR dan sebaliknya berhasrat membina pembangunan campuran termasuk rumah kedai? Perkara ini dicadangkan bekas ahli exco dan Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dan disokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang seperti didedahkan dalam laporan minit mesyuarat Exco 2005," kata Guan Eng.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Abdul Rahman boleh mendakwa kerajaan Pulau Pinang pada hari ini menjual tanah yang dimaksudkan untuk PPR apabila kerajaan negeri sebelum ini menolak kertas cadangan kerajaan Persekutuan pada 2007 untuk menjadikan tanah di Taman manggis sebagai kawasan perumahan.

Dengan menunjukkan tanah di Taman Manggis hanya berkeluasan satu ekar, Guan Eng bertanya kepada Abdul Rahman sama ada beliau menafikan bahawa garis panduan perumahan kerajaan Persekutuan memerlukan saiz minimum dua ekar tanah untuk membina perumahan awam sebagaimana yang diumumkan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung pada 13 Julai 2012.

Beliau turut bertanya sama ada Abdul Rahman enggan mengakui bahawa hanya 4,355 rumah kos rendah dan 769 rumah kos sederhana dibina di Pulau Pinang dari 2001 hingga 2007 manakala 8,092 rumah kos rendah dan 8,107 unit kos sederhana dibina kerajaan negeri ketika ini.

"Bagaimana beliau boleh lari daripada tanggungjawab apabila kementerian bercadang untuk menaikkan harga rumah kos rendah dari RM42,000 kepada RM65,000 dan unit rumah sederhana dari RM72,500 kepada RM100,000 yang ditentang  keras kerajaan Pulau Pinang," kata Guan Eng.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Abdul Rahman Dahlan , soalan , debat

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan