Dr Zakir Dibenar Berucap, Perlu Tukar Tajuk Ceramah - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 4:45 PM

Dr Zakir Naik.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi lampu hijau kepada pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik untuk berucap pada satu majlis yang dianjurkan Universiti Teknikal Malaysia di Melaka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa menarik balik larangan terhadap Dr Zakir selepas kata putus dicapai bahawa tema forum "Similarities Between Hinduism and Islam" pada 17 April perlu ditukar.

"Saya telah bercakap dengan Ketua Menteri Melaka berhubung isu ini dan memaklumkan beliau mengenai keputusan tersebut," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Dr Ahmad Zahid berkata polis tidak membenarkan ceramah tersebut sebelum ini selepas menerima aduan daripada penganut Hindu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Zakir dilarang memberi ceramah di univerisiti tersebut demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Sebelum ini, Pemuda MIC membuat aduan polis di seluruh negara manakala Hindraf mendesak kerajaan menghalang penceramah kontroversi itu memberi ucapan di negara ini.

Dr Zakir yang juga Presiden Yayasan Penyelidikan Islam memulakan siri ceramahnya di Terengganu pada minggu lalu selepas menerima jemputan daripada kerajaan negeri itu.

Beliau dijadualkan berucap di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April dalam sebuah forum bertajuk "Is the Quran God's Word".

Sementara itu di MELAKA, Idris berkata kerajaan negeri tiada halangan bagi penganjuran syarahan Dr Zakir di UTeM.

"Saya sendiri mengenali Dr Zakir Naik sebagai penceramah yang cukup luas pengetahuan dan kepakaran dalam bidang agama, malah selain memberi pengetahuan beliau penggiat kebajikan dikenali dunia," katanya kepada pemberita.

Idris berkata beliau juga ditemui sekumpulan penganut agama bagi memohon beliau membatalkan program tersebut, namun menegaskan kepada kumpulan itu tiada apa yang perlu dibimbangkan sekiranya pegangan agama masing-masing kukuh.

Tags / Kata Kunci: Dr Zakir Naik , ceramah , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan