Pelaksanaan VEP Bagi Kenderaan Singapura Dilaksanakan Jun Ini

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 3:06 PM

Ismail Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan Singapura dijangka dilaksanakan Jun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata, pelaksanaan VEP yang menggunakan sistem integrasi itu bagaimanapun mengambil masa dan kemungkinan enam bulan diperlukan untuk dilaksanakan sepenuhnya. 

Katanya, mengikut sistem itu setiap kenderaan Singapura yang memasuki Malaysia akan didaftarkan dan mana-mana yang mempunyai saman kerana melakukan kesalahan tidak akan dibenarkan keluar selagi tidak menjelaskannya.

"Sistem ini juga dapat membanteras kenderaan klon kerana sebelum ini tiada satu sistem pendaftaran masuk kenderaan dari negara itu dilaksanakan. 

"Pihak yang hendak melupuskan kenderaan mereka dengan menjualnya secara murah juga tidak berpeluang melakukannya," kata Ismail kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari JPJ peringkat negeri di ibu pejabat jabatan itu di sini, Isnin.

Beliau berkata, penetapan had tempoh kenderaan oleh kerajaan Singapura selama lima tahun menyebabkan ada rakyatnya yang memasuki Malaysia mengambil kesempatan menjual kenderaan mereka secara murah kerana tidak dibenarkan masuk kembali.

Menurut Ismail, selepas sistem VEP dengan Singapura berjalan lancar barulah fasa kedua melibatkan kenderaan dari Thailand dan diikuti fasa ketiga membabitkan kenderaan dari Indonesia di Sarawak.

Sementara itu, Ismail berkata, JPJ dan polis tidak boleh dipersalahkan apabila jumlah kemalangan jalan raya meningkat.

"Faktor utama adalah perubahan sikap pengguna secara total. Berdisiplin, patuh peraturan dan undang-undang jalan raya, jika mahu kemalangan dikurangkan."

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sembilan institut memandu yang memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan akan diberi penarafan lima bintang. 

Ismail berkata, institut bertaraf lima bintang ini kelak membolehkan orang ramai mengambil lesen memandu mereka di situ selain di kiosk MyEG dan pejabat Pos.

Katanya, juga mulai September tahun lepas, struktur soalan ujian bertulis untuk mendapatkan lesen memandu dibuat lebih spesifik sehingga kelulusan meningkat kepada 80 peratus berbanding 45 peratus sebelum ini, manakala calon yang gagal kali kedua dibenarkan mengambil ujian secara lisan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: JPJ

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan