Tun M Nafi Minta Campur Tangan Asing

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mahu pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini dalam usahanya untuk 'menyelamatkan Malaysia'.

"Saya tak minta campur tangan luar. Saya katakan bahawa semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum Pembinaan Negara Bangsa Melalui Pendidikan di Muzium Kesenian Islam di sini, Isnin.

Sehubungan itu Dr Mahathir berkata beliau akan terus bercakap kepada media asing mengenai pelbagai isu yang berlaku di negara ini.

"Saya akan beritahu media asing mengenainya," katanya.

Sementara itu diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan, Dr Mahathir menganggap tindakan itu adalah perkara biasa.

"Dia siasat dah...dah dua kali siasat. Semua kawan-kawan saya pun dah kena siasat dah. Tak cukup siasat, Lembaga Hasil Dalam Negeri pun kacau mereka," katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir dikritik banyak pihak kerana meminta campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini.

Dr Mahathir dalam wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, berkata bahawa harapan supaya Najib selaku Perdana Menteri berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir , Australia

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan