Debat 'Penting Untuk Dapatkan Kebenaran' - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membenarkan debat berkaitan isu tanah Taman Manggis kerana "ia adalah penting untuk mendapatkan kebenaran".

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu bersetuju untuk mengadakan debat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bagaimanapun Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), badan pemantau SPRM meminta ia dibatalkan kerana siasatan berhubung isu berkenaan masih dijalankan.

Abdul Rahman berkata, debat tersebut adalah penting bagi mendapatkan kebenaran berhubung isu banglo dan tanah di Taman Manggis.

"Saya fikir debat ini tidak akan menganggu siasatan SPRM, malah ia mungkin dapat membantu.

"Saya harap mereka dapat mempertimbangkan perkara ini," katanya di Twitter pada Ahad malam.

Pengerusi JKMR, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang menyarankan supaya debat antara dua pemimpin politik itu berkaitan isu tanah Taman Manggis dibatalkan.

Abu Zahar berkata, adalah lebih baik jika debat tersebut dibatalkan kerana SPRM sedang menyiasat kes berkenaan.

"JKMR bimbang sekiranya debat tersebut diteruskan, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan SPRM," katanya.

Abdul Rahman dan Guan Eng menerusi beberapa kenyataan di Twitter mengesahkan kedua-dua mereka akan mengadakan debat. Abdul Rahman bagaimanapun ketika ini berada di luar negara atas urusan rasmi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan