PAS Pertikai Keputusan Sekat Dr Zakir Berceramah

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 6:00 PM

Dr Zakir Naik

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mempertikai keputusan menghalang Dr Zakir Naik daripada memberi ceramah anjuran sebuah universiti di Melaka, dengan menyatakan bahawa penceramah kontroversi itu bukan pengganas.


Ketua Penerangannya Nasrudin Tantawi mendakwa tuduhan terhadap Dr Zakir adalah keterlaluan, terutama di negara yang kononnya mengamalkan demokrasi.

"Dr Zakir Naik hanya berhujah dan mengemukakan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dan mengemukakan perbandingan agama. Kenapa tidak hujah dilawan dengan hujah?

"Kenapa mesti hujah dihadapkan dengan caci nista sehingga menggelarnya syaitan dan sebagainya ? Kenapa hujah mahu dihentikan dengan kuasa lalu menghalang dan mahu menghalau beliau dari terus berhujah?," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Tegasnya, PAS tidak bersetuju malah menentang sebarang usaha penghinaan ke atas agama lain.

Tambahnya, jika benar Dr Zakir menghina agama lain, beliau mencabar supaya dilampirkan bukti dan jika sabit kesalahan tindakan diambil ke atasnya.

"Saya sarankan penyerang-penyerang Dr Zakir Naik tidak melancarkan serangan jarak jauh.

"Sama ada datang sendiri ke majlis Dr Zakir Naik lalu bertemu mata dan berhujah langsung dengan beliau atau bila-bila masa boleh memanggil Dr Zakir Naik untuk berhujah secara ilmiah sementara anda boleh berusaha untuk menafikan hujah yang dikemukakan oleh Dr Zakir Naik," katanya.

Katanya, ruang demokrasi negara ini perlu disuburkan dengan budaya diskusi dan hujah ilmiah.

"Bukankah ini yang diperjuangkan oleh anda semua ? Kebebasan bersuara? Kebebasan memberi pendapat? Kebebasan berhujah? Kenapa hari ini anda bersifat pengecut sehingga menidakkan apa yang anda perjuangkan selama ini?

"Anda harus berani berdepan dengan Dr Zakir Naik. Ia bukan pengganas malah ia tidak bersenjata. Beliau hanya datang ke Malaysia dengan membawa hujah, gigi dan lidah. Buktikan Dr Zakir Naik bersalah dan menghina agama lain. Ada bukti, maka kami setuju ia diambil tindakan. Jika tiada bukti, kenapa anda resah?," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin berkata polis tidak membenarkan forum berkenaan diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

"@PDRMsia memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia," katanya di Twitter, Isnin.

Forum 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan Antara Hindu dan Islam) dijadualkan diadakan di UTeM pada 17 April ini.

Kehadiran Dr Zakir di Malaysia menimbulkan kurang senang banyak pihak, dengan Pemuda MIC dilaporkan membuat beberapa laporan polis terhadapnya.

Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) juga meminta kerajaan supaya melarang pendakwah itu daripada memasuki negara ini.
Tags / Kata Kunci: Dr Zakir Naik , penceramah kontroversi , UTeM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan