Malaysia Airlines Tawar Pilihan Perjalanan Kepada Penumpang Rayani Air - Berita Semasa | mStar

Malaysia Airlines Tawar Pilihan Perjalanan Kepada Penumpang Rayani Air

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penumpang yang memegang tiket perjalanan Rayani Air boleh menempah semula penerbangan mereka yang telah dibatalkan melalui Malaysia Airlines.

Syarikat penerbangan nasional itu kini menawarkan harga tambang dengan diskaun kepada penumpang Rayani Air yang terjejas susulan penggantungan operasi syarikat berkenaan.

Tawaran tambang itu boleh didapati mulai hari ini sehingga 30 April, 2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai, 2016, menurut Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Ketua Pegawai Komersial, Paul Simmons berkata sebagai syarikat penerbangan nasional dan atas rasa mengambil berat terhadap rakyat Malaysia, adalah menjadi  tanggungjawab syarikat itu untuk memberi sebarang bantuan bagi mengurangkan beban yang menjejaskan penumpang Rayani Air.

"Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan. Kami berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi penumpang," katanya.

Bagi menikmati tambang istimewa ini, penumpang yang terjejas perlu mengemukakan emel mereka berkenaan bukti tempahan perjalanan dengan Rayani Air.

Mereka boleh menghubungi 1-300-88-3000 atau lawati kaunter tiket Malaysia Airlines di seluruh negara.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan