Kumbang Mungkin Jejaskan Sektor Minyak Sawit

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR: Satu spesis kumbang yang dibawa masuk secara haram melalui sempadan Malaysia-Thailand merosakkan pokok-pokok sawit di negara ini.

Jika tidak diatasi, aktiviti ini berpotensi menjejaskan industri minyak sawit hanya dalam tempoh 20 tahun.

Spesis berkenaan merupakan kumbang merah palma, spesis kumbang yang membuat lubang pada batang pokok sawit, yang akhirnya memusnahkan tumbuhan itu.

Menurut Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (DoA) Jabatan Pertanian, pokok kelapa sawit berkeluasan 465 hektar telah terjejas setakat ini, terutama di Terengganu dan Kedah.

Terdapat tanaman 85,799 hektar kelapa sawit di Malaysia. Selain itu, sebanyak 335 pokok kurma telah dimakan kumbang.

Pengarah bahagian, Faridah Aini Muhammad berkata, setakat ini tiada ladang-ladang komersial yang terjejas, tetapi kumbang yang merebak menjadi punca utama kepada kebimbangan itu.

"Apa yang membimbangkan kita ialah kumbang-kumbang ini tidak mempunyai akses kepada sumber mekanan utama haiwan ini dalam pokok-pokok kurma, maka ia beralih kepada pokok kelapa sawit.

"Terdapat laporan yang masih belum disahkan lagi, tetapi ia merupakan kebimbangan yang jelas," katanya, sambil menambah bahawa penyelidikan sedang dijalankan di beberapa universiti di seluruh negara.

"Penyelidikan di UKM menunjukkan bahawa walaupun tanpa dipaksa, kumbang tersebut akan pergi ke pokok kelapa sawit dan membiak di dalam pokok itu sendiri."

Kumbang merah palma pertama kali memasuki negara ini apabila anak benih dan pokok kurma dibawa masuk secara haram menerusi sempadan negara menggunakan trak.

Di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan, sebarang import pokok palma untuk tujuan penyelidikan adalah dilarang.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan