Hampir 30,000 Dengar Ceramah Dr Zakir Di Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 12:14 AM

Ilmuwan Islam terkenal, Dr Zakir Naik menyampaikan syarahan bertajuk 'The Importance of Unity Among the Muslim Ummah'⁠⁠ di Stadium Tertutup Gong Badak pada Ahad malam. 
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam ini untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik.

Orang ramai mula memenuhi stadium pada jam 8.00 malam dan ada yang terpaksa mendengar ceramah di bahagian luar kerana semua tempat duduk dalam stadium dipenuhi.

Dr Zakir, 50, yang tiba di negeri ini semalam menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' selama dua jam bermula 9.45 malam.

Orang ramai berpeluang menyoal Dr Zakir sejam selepas itu.

Sebelum menceburi bidang dakwah, beliau terlatih sebagai doktor perubatan.

Dr Zakir yang pertama kali ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadiran beliau adalah bagi memenuhi undangan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang berhasrat meluaskan aktiviti dakwah di negeri ini.

Tags / Kata Kunci: Dr Zakir Naik

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan