Ceramah Dr Zakir Di UMT Buka Peluang Pelajar Dalami Islam - Naib Canselor

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 8:39 PM

Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Kehadiran tokoh pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi menyampaikan syarahannya telah memberi peluang kepada umat Islam dan pelajar bukan Islam di universiti itu untuk mendalami agama Islam.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata ia adalah permulaan yang sangat positif untuk umat Islam dan bukan Islam untuk sama-sama menggali khazanah ilmu Islam dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia yang mengamalkan pelbagai kepercayaan dan agama.

"Kami di UMT berasa gembira dengan penganjuran program ini di mana sambutannya sangat hebat malah kita boleh lihat ramai juga pelajar Islam dan bukan Islam turut mengemukakan pelbagai soalan kepada Dr Zakir Naik.

"Kita tidak memaksa pelajar bukan Islam untuk hadir ke majlis ilmu ini, namun mereka hadir dengan kesedaran untuk mendapatkan pencerahan secara langsung daripada pendakwah terkenal itu berkaitan kekeliruan yang dihadapi mereka, " katanya kepada pemberita selepas selesai syarahan umum itu di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT di sini Isnin.

Dr Zakir Naik yang kini dalam siri jelajahnya ke negara ini termasuk Terengganu hari ini menyampaikan syarahan di UMT bertajuk 'Islam Is The Best Solution For Humanity' (Islam Penyelesaian Terbaik Untuk Umat Manusia).

Lebih 10,000 orang terdiri daripada warga UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin serta pensyarah dan pelajar dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di sekitar Terengganu, menghadiri syarayahn umum itu.

Selain syarahan umum di UMT dan Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi, Dr Zakir Naik juga akan berkunjung ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Besut dan Padang Astaka di Kemaman pada 12 dan 14 April.

Sementara itu, pelajar yang ditemui melahirkan rasa teruja kerana dapat mendengar sendiri syarahan umum Dr Zakir Naik secara langsung di UMT pada hari ini dan mahu ia diadakan lagi pada masa akan datang.

Pelajar Pusat Pengajian Sains Asas (Sains Biologi), Puteri Nur Qhalida Roslan berkata selama ini beliau banyak mengikuti ceramah-ceramah Dr Zakir Naik melalui YouTube dan stesen televisyen Al Hijrah.

"Memang saya kagum dengan kebijaksanaannya yang penuh dengan hujah dan dalil berpandukan Al Quran serta hadis dalam menjawab soalan orang ramai dalam setiap siri ceramah yang diadakan.

"Sebab itu, bila dapat tahu beliau hadir ke Terengganu, saya sudah merancang untuk hadir walaupun ketika itu belum tahu lagi di mana lokasi ceramahnya akan diadakan...Alhamdulillah, niat itu dipermudahkan kerana UMT dipilih sebagai antara lokasi yang dikhususkan untuk warga universiti tempatan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan