Komplot Singkir MB Johor: Anak Speaker DUN Berpegang Kepada Dakwaan

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 8:47 PM

Mohamed Khaled Nordin.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Anak lelaki kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berpegang kepada dakwaannya bahawa satu plot sedang dirancang oleh seorang timbalan menteri untuk menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai menteri besar.


Shukur Mohamad, anak sulung kepada Tan Sri Mohamad Aziz berkata beliau mempunyai bukti bahawa wujudnya percubaan untuk menggulingkan Khaled.

"Saya akan mendedahkannya tetapi sekarang bukan masa yang sesuai," katanya Isnin.


Shukur berkata beliau tidak akan menarik balik dakwaan bahawa seorang timbalan menteri mahu menggantikan menteri besar Johor yang ada pada masa ini.

"Saya telah didatangi oleh beberapa pemimpin Umno yang mahu saya berdiam diri berhubung perkara itu tetapi mengapa saya perlu ikut cakap mereka?

"Mengapa mereka 'melompat' apabila saya tidak menamakan sesiapa?" kata Shukur.

Dalam beberapa siri posting di laman Facebook beliau, Shukur, yang merupakan ahli Umno bahagian Sri Gading mendakwa bahawa terdapat satu pergerakan yang diketuai oleh seorang timbalan menteri dari Johor untuk menggantikan Mohamed Khaled sebagai menteri besar.

Beliau berkata pergerakan itu mahu menjadikan timbalan menteri itu sebagai menteri besar yang seterusnya, bagi menutup mulut mereka yang mempunyai perbezaan pendapat dalam Umno Johor.


Shukur turut mendakwa timbalan menteri itu telah menawarkan RM1 juta kepada mana-mana individu yang dapat meyakinkan 20 pemimpin cawangan di bahagian Pagoh untuk menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua mereka.

Beliau juga menggesa Mohamed Khaled mengadakan konvensyen Umno Johor secepat mungkin dan menjemput Dr Puad Zakarshi, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Muhyiddin supaya ahli biasa dapat menyoal mereka.

Sejak posting di Facebook itu menjadi viral, ramai pemimpin Umno Johor telah menafikan wujudnya satu percubaan untuk menggulingkan Khaled, dan parti-parti komponen Barisan Nasional mengulangi sokongan kepada menteri besar.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan