AirAsia Tawar Diskaun Tambang Untuk Penumpang Rayani Air

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan AirAsia kini menawarkan tambang pada potongan harga 50 peratus untuk penumpang Rayani Air yang terjejas berikutan penggantungan operasi syarikat berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat tambang rendah itu berkata tawaran berkenaan melibatkan penerbangan bagi destinasi ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Baharu, Kuching serta Kota Kinabalu untuk tempoh perjalanan mulai hari ini hingga 27 April 2016.

Ia bagaimanapun khusus untuk semua penumpang Rayani Air yang memiliki tempahan penerbangan yang sudah disahkan.

Penumpang terbabit boleh mengemukakan tempahan itu di Pusat Perjalanan dan Perkhidmatan AirAsia di klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Baharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

"Kami amat bersimpati dengan kesemua penumpang Rayani Air yang terjejas ini.
Kami berharap pemberian diskaun ini dapat membantu mereka membuat urusan perjalanan baharu, terutamanya menerusi kekerapan penerbangan kami di semua destinasi terlibat," kata Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee.

AirAsia mengendalikan sejumlah 11 penerbangan sehari masing-masing dari Kuala Lumpur ke Langkawi serta Kuala Lumpur ke Kuching; lapan penerbangan sehari masing-masing dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu serta tiga penerbangan sehari dari Kota Kinabalu ke Kuching.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan