Abu Zahar Ingatkan Senator Jaga Tingkah Laku

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 5:21 PM

Tan Sri Abu Zahar Ujang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mahu memastikan kemuliaan dewan itu terus dihormati sebelum beliau menamatkan perkhidmatannya pada 25 April ini.

Menjelang persidangan Dewan Negara minggu depan yang akan dipengerusikannya buat kali terakhir, beliau mengingatkan kesemua anggota Dewan Negara bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku yang tidak boleh dikawal.

Menurutnya semua senator diberi peluang yang adil untuk menyoal dan berbahas mengenai sebarang isu dan mereka haruslah berbuat demikian dengan mematuhi Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan negara.

"Saya berpegang teguh kepada prinsip-prinsip tersebut. Kalau datang Dewan bercakap tak tentu arah, buang masa, (saya) halau keluar.

"Tiada tempat untuk orang sebegitu. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, itulah pendirian saya," katanya kepada pemberita di bangunan Parliamen di sini, Isnin.

Dewan Negara akan bersidang selama 11 hari bermula 18 April ini.

Terdahulu, Abu Zahar menerima kunjungan hormat Duta Kuwait ke Malaysia Saad Abdullah Saleh Al Asousi.

Semasa kunjungan itu, duta berkenaan menyampaikan surat jemputan Speaker Dewan Kebangsaan Kuwait yang mempelawa Abu Zahar melawat negara itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan