Kebakaran Kuil:Malaysia Bekerjasama Rapat Dengan Kerala

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 6:24 PM

Runtuhan kuil dipercayai kerana pembakaran mercun mengakibatkan 102 maut, manakala lebih 350 lagi cedera, setakat ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Kerala, India, untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam kebakaran Kuil Paravur Puttingal Devi di Paravur, Kerala, yang setakat ini meragut lebih 100 nyawa.

Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Ahmad Fajarazam Abdul Jalil berkata pihak berkuasa tempatan menghadapi kesulitan untuk mengenal pasti mangsa kerana jumlah mereka yang maut dan cedera terus meningkat.

"Kami sedang membuat pemantauan (keadaan) dan setakat ini tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa, tapi kami belum boleh membuat pengesahan. Jumlah mangsa terus meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama, dari sini, Ahad.

Menurut portal berita dalam talian The Hindu, sekurang-kurangnya 102 orang maut dan lebih 350 cedera dalam kebakaran yang berlaku di kuil itu, awal hari ini.

The Hindu juga melaporkan Perdana Menteri India Narendra Modi menaiki pesawat bersama-sama sepasukan doktor pakar kebakaran ke kuil itu.

Laporan berita menyebut kebakaran itu dipercayai berpunca daripada letupan susulan pertunjukan bunga api di kawasan kuil berkenaan.

Bandar pesisir pantai Paravur terletak kira-kira 60km dari ibu negeri Kerala, Thiruvananthapuram. Kerala terletak di selatan India.

Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam merakamkan takziah kerajaan Malaysia kepada Perdana Menteri dan rakyat India berhubung tragedi tersebut.

Ahmad Fajarazam berkata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, telah berhubung dengan Ketua Menteri Kerala Oomen Chandy tentang kejadian itu.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan