Media Sosial Tak Sesuai Bincang Rawatan Pesakit - KP Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Doktor dalam perkhidmatan kerajaan diarahkan supaya tidak membincangkan hal rawatan pesakit menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram bagi mengelak pecah amanah.

Pada masa sama, pegawai perubatan terlibat juga tidak sepatutnya memberi khidmat nasihat menerusi landasan sama, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan bagi mengurangkan kesalahan daripada segi etika dan perundangan selain meningkatkan integriti dalam kerjaya perubatan.

"Media sosial tidak dapat menjamin tahap kerahsiaan walaupun pelbagai kaedah digunapakai untuk tujuan itu.

"Sebaik maklumat disiarkan dalam talian, sukar untuk memadamkannya kerana ia mungkin telah tersebar," katanya.

Beliau menjelaskan, arahan itu dikeluarkan kerana kebelakangan ini lebih ramai penyedia khidmat kesihatan menggunakan media sosial untuk memastikan tugas mereka lancar.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, doktor perlu membentuk kumpulan perunding perubatan menerusi landasan media sosial sebagai moderator dengan hanya ahli tertentu tanpa dapat dicapai orang awam.

Katanya, kebenaran bertulis pesakit juga perlu sebelum memuatnaik sebarang maklumat di media sosial.

"Satu-satunya pengecualian adalah ketika kecemasan di mana pesakit tidak dapat memberi kebenaran dan ketika itu doktor terlibat bertanggungjawab menapis tahap kerahsiaan pesakitnya sebelum maklumat mengenai kesihatannya dimuatnaik ke media sosial," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, doktor juga perlu memadamkan semua maklumat berkaitan pesakit yang disimpan dalam telefon bimbit sebaik khidmat nasihat selesai.

"Landasan media sosial tidak boleh digunakan untuk kes rujukan kerana ia melibatkan maklumat berkaitan identiti pesakit," katanya.

Walaupun media sosial mempunyai kelebihan, Dr Noor Hisham berkata, doktor sepatutnya memilih untuk memberi khidmat nasihat secara langsung atau menerusi telefon kepada pesakit.



Tags / Kata Kunci: Dr Noor Hisham Abdullah , Facebook , doktor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan