Isu Taman Manggis: Badan Pemantau SPRM Saran Batal Debat

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), badan pemantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan supaya debat antara dua pemimpin politik berkaitan isu tanah Taman Manggis dibatalkan.

Pengerusinya, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa termasuk rancangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk bersemuka menerusi pentas debat terbuka.

"Mengambil kira perkembangan semasa, jawatankuasa ini berharap semua pihak terbabit dapat mempertimbangkan semula idea perdebatan tersebut.

Saya sarankan rancangan tersebut elok dielakkan memandangkan SPRM sedang menjalankan siasatan, jadi sangatlah wajar supaya penganjuran perdebatan tersebut dibatalkan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Abu Zahar menambah, JKMR bimbang sekiranya debat tersebut diteruskan, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

"Kita perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan sepenuhnya. Semua pihak yang terlibat, saya sarankan supaya memberi kerjasama yang sewajarnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana pihak yang mempunyai fakta, dokumen-dokumen atau sebarang bukti dan saksi berkaitan isu tanah Taman Manggis atau banglo yang dibeli Guan Eng, supaya mengemukakannya kepada SPRM daripada mengadakan debat secara terbuka.

Pada Sabtu, Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dan Guan Eng bertikam lidah mengenai debat terbuka itu di Twitter.

Kali ini ia mengenai keputusan Abdul Rahman yang terpaksa berlepas ke luar negara seperti yang dirancang.

Kini debat terbuka itu hanya akan diadakan selepas Abdul Rahman pulang dari lawatannya pada 15 April depan dan ia tidak dipersetujui Guan Eng.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan