Ibu Bapa Murid SK Kuala Perlis Tandatangani Akujanji Elak Anak Ponteng Sekolah

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA PERLIS: Ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis menandatangani akujanji bagi memastikan anak mereka hadir ke sekolah setiap hari dalam usaha mengekang gejala ponteng dalam kalangan murid sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mat Hassan berkata peranan ibu bapa yang mengambil berat terhadap kepentingan pendidikan anak-anak adalah faktor utama mendorong dan mempengaruhi sikap seseorang murid di sekolah.

Beliau berkata daripada keseluruhan 800 murid Tahun Satu hingga Enam di sekolah berkenaan, purata sebanyak 50 murid direkodkan tidak hadir ke sekolah setiap hari.

"Hasil tinjauan pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) yang dilakukan ke rumah pelajar yang kerap ponteng sekolah mendapati ibu bapa tahu tentang hal tersebut dan menganggap ia perkara biasa.

"Malah, ibu bapa turut menyebelahi anak-anak mereka yang bersikap malas serta banyak alasan seperti penat, tiada buku dan wang belanja untuk ke sekolah," katanya ketika ditemui Bernama.

Mat berkata demikian selepas mengetuai program lawatan 'Tautan Kasih' anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG berkenaan ke 28 buah rumah pelajar sekolah itu, di beberapa buah kampung dan taman perumahan di sini, Ahad.

Pendekatan itu juga antara usaha untuk mengetahui lebih dekat mengenai masalah lain dihadapi keluarga dan murid yang dikenal pasti kerap tidak hadir ke sekolah serta bersama-sama membantu mencari penyelesaian, katanya.

Mat berkata selain mempengaruhi peningkatan mutu pelajaran murid-murid, kehadiran di sekolah secara konsisten juga mampu mengelak mereka terlibat dengan aktiviti lain yang tidak berfaedah. 

"Faktor kemiskinan bukan alasan untuk seseorang murid tidak pergi ke sekolah kerana kerajaan menyediakan pelbagai saluran untuk membantu mereka, apa yang penting ialah sikap dan kesedaran orang ramai dalam memberi perhatian kepada pendidikan anak masing-masing," katanya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut prihatin dan memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan antaranya bagi ibu bapa murid yang bekerja sebagai petani, buruh binaan, nelayan termasuk ibu atau bapa tunggal.

Selepas ini, lawatan susulan ke rumah keluarga murid-murid terbabit akan  dilakukan serta menyambung misi program kepada keluarga pelajar yang ponteng di sebuah sekolah menengah di sini, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SK Kuala Perlis , akujanji , ponteng , Mat Hassan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan