Laporan PAC Buktikan Fitnah Terhadap PM - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 5:49 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor (duduk) sewaktu menandatangani plak perasmian Surau Al-Muhajirin pada Majlis Perasmian Program Bersama Jemaah dan Perasmian Surau Al-Muhajirin Presint 9, Sabtu.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini difitnah, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata laporan yang dibentang PAC di Dewan Rakyat, Khamis lepas adalah sesuatu yang menyedihkan apabila Perdana Menteri selama ini dituduh dengan pelbagai fitnah.

"Fitnah berlaku dan ia berlarutan selama dua tahun...ia tidak adil. Saya merayu kepada rakyat untuk tidak percaya kepada sebarang dakyah kerana pihak itu pasti ada niat tertentu untuk memecah-belahkan masyarakat," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baharu Surau Al-Muhajirin, Presint 9 di sini, Sabtu.

Menurutnya Naib Pengerusi PAC Tan Seng Giaw yang juga Anggota Parlimen DAP Kepong mengakui Najib tidak langsung terlibat dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.

"Perkara ini diberitahu oleh pihak pembangkang, bukan kerajaan.. maka, tutuplah masalah ini dan marilah kita bergerak ke hadapan," katanya.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berharap 1MDB melakukan apa yang sepatutnya bagi membaiki pengurusannya.

PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.    

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta semua pihak supaya menerima laporan PAC dan tidak lagi menimbulkan sebarang isu negatif berhubung hasil siasatan terhadap 1MDB.

"Keputusan sudah dibuat, rakyat kena terima dan jangan lagi timbul isu-isu negatif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan , PM , 1MDB , PAC

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan