606 Peserta Jahit Serentak Masuk Guinness World Records

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 12:55 PM

Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj (kiri) berkenan hadir dan menyertai seramai 606 peserta dengan menjahit beramai - ramai serentak sekaligus melakar nama dalam Guinness World Records pada Pameran Seni Jahitan Batik Malaysia, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Acara menjahit beramai-ramai secara serentak membabitkan 606 peserta di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini hari ini, berjaya dimasukkan dalam Guinness World Records.

Pengiktirafan itu dimaklumkan Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) dalam kenyataan kepada media selepas disahkan oleh wakil Guinness World Records yang hadir.

Ia dianjurkan bersama PSJK, Pusat Latihan Kraftangan Epal, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Janome Malaysia, bagi mengangkat hasil seni batik sebagai warisan negara. 

Hadir menyaksikan acara sehari yang bertemakan 'Be A Part of The Breakthrough And Made Someone's Dreams Come True' adalah Timbalan Menteri KPWKM Datin Paduka Chew Mei Fun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri. 

Tengku Puan Pahang, Tunku HajahAzizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj (tengah) berkenan hadir dan menyertai seramai 606 peserta menjahit secara serentak sekaligus mencatat nama dalam Guinness World Records pada Pameran Seni Jahitan Batik Malaysia, Sabtu.

Pada majlis sama, pengiktirafan dari Malaysian Book of Records juga turut diberikan bagi Pembuatan Sofa Terpanjang dengan menggunakan bahan kitar semula iaitu daripada jeans terpakai dengan ukuran panjang sofa lebih dari 52.5 meter. 

Sofa itu dihasilkan banduan yang masih menerima hukuman di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. 

Sementara itu, di majlis sama, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan PSJK Handmade Market. 

PSJK Handmade Market melibatkan seramai 1,002 perintis di seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti ibu tunggal, warga emas, suri rumah serta golongan lelaki yang meminati bidang jahitan untuk menjana ekonomi melalui hasil kerja tangan mereka. 

Hasil produk mereka akan dipasarkan di pusat membeli-belah terkemuka seperti City One Megamall, Kuching, Sarawak, Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang dan Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan. --Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan