Media Prima Sedia Siar Debat Guan Eng - Abdul Rahman Secara Langsung

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 8:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menyatakan kesediaan untuk turut menyiarkan perdebatan di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Baru-baru ini Guan Eng mengumumkan kesediaan untuk berdepat dengan Abdul Rahman mengenai isu tanah Taman Manggis dan kontroversi banglonya di Jalan Pin Horn, Georgetown secara langsung di TV3.

Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa pihaknya sedia untuk menyiarkan debat itu secara langsung seperti yang disarankan oleh Guan Eng.

"Saya ingin menyatakan bahawa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad juga bersedia untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung di TV3 pada tarikh dan masa yang dipersetujui oleh Lim Guan Eng dan Datuk Abdul Rahman Dahlan".

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengenai kesanggupan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan debat tersebut.

Pada Rabu, Abdul Rahman mencabar Guan Eng berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi kepunyaan syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre ( KLIDC) kerana telah dijual kepada pihak ketiga.

Cabaran itu disambut Guan Eng Khamis lalu dan memaklumkan sedia berdebat di mana sahaja dan hanya menunggu tarikh daripada pihak Abdul Rahman.

Sementara itu pada Sabtu, Guan Eng memberi tempoh tujuh hari kepada Abdul Rahman untuk memberi tarikh perdebatan terbuka itu.

Tags / Kata Kunci: TV3 , media Prima berhad , Guan Eng , Abdul Rahman

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan