Khairy Bidas Guan Eng Berhubung Kenyataan Debat Di Twitter

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 3:54 PM

khairy

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengkritik Lim Guan Eng kerana berkelakuan tidak munasabah meminta Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk pulang segera daripada lawatan rasmi ke luar negara untuk berdebat secara terbuka dengan beliau mengenai isu Taman Manggis.

"Beliau (Abdul Rahman) berkata akan berdebat dengan Lim selepas kembali daripada lawatan rasmi itu. Tidak fikir perkara ini perlu (dilakukan)," tulis Khairy di laman Twitternya.

Ketua Pemuda Umno itu membalas komen Lim di Twitter yang berkata walaupun Abdul Rahman mendakwa tidak sabar untuk untuk berdebat, beliau (Abdul Rahman) telah pergi ke luar negara.

"Takkan nak paksa saya pergi luar negara untuk bahas dengan anda. Baliklah sekarang,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Akibat penangguhan debat itu, Abdul Rahman dan Lim bertikam lidah mengenainya di Twitter.

Kini debat terbuka itu hanya akan diadakan selepas Abdul Rahman pulang dari lawatannya pada 15 April depan.

"Saya akan berlepas ke luar negara malam ini. Kembali pada 15 (April). Lawatan saya sudah diatur lama. Debat selepas lawatan ini," kata Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerusi Twitternya malam Jumaat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan