Jangan Jadikan Isu 1MDB Penghalang Kemajuan Negara - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak menjadikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai penghalang negara daripada terus maju.

Ini kerana, kerajaan telah menjalankan siasatan termasuk mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat dan membentangkan laporan tentangnya di Dewan Rakyat pada Khamis.

"Jadi apa lagi nak bising, apa lagi tidak puas hati? Jadi, janganlah kita nak jadikan ia sebagai satu yang menghambat (kemajuan) kita.

"Sudah sampai masa kita lihat ke depan, untuk membina masa depan yang lebih cemerlang," katanya semasa menutup perhimpunan agung Kongres India Muslim Malaysia Ke-39 di sini, Isnin.

PAC, yang dianggotai anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang,mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Najib juga menjelaskan kepimpinannya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat, oleh itu, ia tidak boleh ditukar ganti selain melalui suara rakyat iaitu pilihan raya.

Katanya seorang Perdana Menteri hanya boleh ditukar jika beliau tidak mendapat kepercayaan di Parlimen atau pun telah ditolak oleh anggota partinya sendiri. 

Dalam hubungan ini, Najib menegaskan beliau mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen serta anggota UMNO.

"Oleh itu, kalau ada cara-cara yang tidak menghormati Perlembagaan, sama ada demonstrasi jalanan, nak buat referendum, nak buat apa jua deklarasi pun, maka,itu semua tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan negara. 

"Jika cara yang tidak sah dibenarkan, ia akan menyebabkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara," kata beliau.

Dalam pada itu, Najib mengiktiraf sumbangan besar masyarakat India Muslim kepada pembangunan ekonomi negara ini sama seperti kaum-kaum lain. 

Menurutnya masyarakat India Muslim itu juga merupakan penyokong setia kepada kerajaan BN. 

Sementara itu, Presiden KIMMA Datuk Seri Syed Ibrahim Kader dalam ucapannya berkata KIMMA akan terus memberi sokongan padu kepada Najib sebagai Perdana Menteri.

Pada perhimpunan itu, beliau turut menyerahkan memorandum tiga perkara kepada Perdana Menteri, yang merangkumi permintaan untuk bertanding satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 dan meminta seorang wakil dalam Kabinet beliau.

KIMMA turut memohon dana pendidikan sebanyak RM5 juta. -Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan