Tun Mahathir Perlu Hormati Hasil Siasatan PAC - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan syarikat berkenaan.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Tun Dr Mahathir seharusnya menerima dan menghormati keputusan PAC. "...dalam kes ini, PAC dah buat keputusan jadi, Tun perlu hormat kepada keputusan PAC...semua rakyat Malaysia juga perlu hormat kepada keputusan PAC,"katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Projek Ekonomi Desa Lestari Abad Ke-21 di Kampung Tok Dor di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil.

PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Tun Dr Mahathir dalam satu forum tertutup di Universiti  Malaya, Kuala Lumpur dua hari lepas berkata beliau sedih kerana PAC meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Shahrol Azral.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata dari segi rasionalisasi, 1MDB mampu membayar kesemua hutangnya dan sepatutnya tidak timbul lagi isu 1MDB mempunyai hutang melebihi RM50 bilion.

"PAC juga memutuskan dan membentangkan laporannya di Parlimen bahawa tidak ada perkara yang melibatkan unsur jenayah berlaku dalam pengurusan 1MDB," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri , Tun Mahathir , PAC , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan