Guru Pukul Pelajar Ditamatkan Khidmat Serta-Merta

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 9:28 PM

Mohd Rohaizad Abdullah (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai kes seorang guru mencederakan anaknya Farah Izzati (tengah) pelajar tingkatan satu Sekolah Model Khas Baling Isnin lalu sehingga patah tangan. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Guru sambilan yang didakwa mencederakan tiga pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling pada Isnin lalu sehingga seorang daripadanya retak tulang tangan, telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) Datuk Azuyah Hassan berkata tindakan terhadap guru itu dibuat hasil perbincangan antara waris pelajar, sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 

"Pada 6 April lalu, sekolah telah mengadakan mesyuarat permuafakatan bersama waris pelajar terlibat dan guru terbabit dan setelah persefahaman dipersetujui, semua waris menerima pemohonan maaf daripada guru itu dan bersetuju menyerahkan kes kepada sekolah untuk diselesaikan.

"Selepas mendapat persetujuan waris, sekolah dan PIBG telah berbincang dan memutus menamatkan tugas guru sambilan itu sebagai guru al-Quran berkuat kuasa serta-merta," katanya pada sidang media pada Sabtu. 

Katanya, waris, sekolah dan JPN telah bersetuju menyelesaikan perkara itu diantara mereka dan akan menyerahkan kes berkenaan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Azuyah berkata ketiga-tiga pelajar yang cedera dalam kejadian itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumah serta diberikan cuti oleh doktor.

"Dua pelajar yang hanya mengalami cedera ringan di pinggang dan kepala diberi cuti satu dan dua hari manakala pelajar yang retak tulang tangan kanan diberi cuti sebulan. 

"JPN telah mengarahkan sekolah untuk memastikan keperluan dan kebajikan pelajar terlibat selain turut menyediakan sesi kaunseling secara berkala kepada mereka bagi mengembalikan semangat untuk terus bersekolah," katanya.

Dalam kejadian 4 April lalu, ketiga-tiga pelajar telah dipanggil guru itu ke dewan makan sekolah untuk mengaji al-Quran dan semasa mereka mengambil tempat dikerusi berdekatan dengannya, guru berkenaan secara tiba-tiba membaling kerusi plastik ke arah pelajar terbabit sehingga menyebabkan kecederaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: guru baling kerusi , pelajar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan