Guan Eng Mungkin Tidak Turun Kempen DAP Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 9:41 AM

Seorang pekerja menyiapkan bahan untuk kempen PRN Sarawak yang akan datang.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lim Guan Eng akan terbukti menjadi 'toksik' untuk DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan penganalisis politik meramalkan Setiausaha Agung DAP itu tidak akan menyertai kempen parti tersebut susulan kontroversi yang menyelubungi dirinya pada ketika ini.

Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Lee Kuok Tiung berkata kontroversi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Taman Manggis sedikit sebanyak menjejaskan kedudukannya.

"Akibatnya, saya tidak fikir DAP Sarawak akan menggunakan Lim untuk membantu kempen mereka dalam PRN Sarawak. Sama ada beliau bersalah atau tidak ia perkara berbeza buat masa ini - tidak sesuai untuk beliau pergi berkempen," kata Dr Lee yang menyertai perbincangan meja bulat untuk PRN Sarawak yang dianjurkan Majlis Profesor Negara.

Lim didakwa membeli hartanah di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang di bawah harga pasaran manakala Taman Manggis mencetuskan kontroversi selepas kerajaan negerinya menjual tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata ujian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bukan memenangi PRN di negeri itu atau mendapatkan majoriti dua pertiga tetapi sama ada beliau mampu mengembalikan semula undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, pada PRU 2013, BN hanya memperoleh 37 peratus undi kaum Cina, kemerosotan sebanyak 12 peratus daripada undi yang diperoleh pada PRU 2011.

"Persoalan di sini adakah ketua menteri itu dapat menawan semula hati pengundi Cina dan adakah berlaku perubahan pengundi DAP kepada Barisan?," kata Dr Jeniri yang meramalkan akan berlaku peningkatan dari segi undi pada PRN kali ini.

Mengenai pembangkang, Dr Jeniri berkata PRU 2011 merupakan pencapaian terbaik DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak dan yakin mereka tidak dapat mengulangi rekod tersebut.

"Saya tidak fikir DAP akan dapat menambah 12 kerusi yang mereka menangi pada PRU yang lalu. Jumlah itu mungkin kekal sebagai status quo. Lebih buruk lagi mereka mungkin hilang empat kerusi," katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata BN mempunyai kelebihan kerana pembangunan masih menjadi isu utama di Sarawak.

"Tetapi mereka harus sedar masih banyak isu yang boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak Ke-11.


Tags / Kata Kunci: PRN Sarawak , Lim Guan Eng

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan