Pertukaran Pegawai Jawatan Sensitif Minimumkan Peluang Jenayah Rasuah - SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendekatan menukar pegawai di jabatan atau jawatan sensitif jika dilaksanakan secara menyeluruh dan efektif akan membantu usaha menutup atau meminimumkan ruang dan peluang jenayah rasuah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Merujuk laporan mengenai pertukaran 50 pegawai jawatan sensitif di pelbagai kementerian, SPRM yang menyambut baik pendekatan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata tindakan itu akan mempertingkatkan tadbir urus baik dan mengelak daripada berlakunya ketirisan.

Menurut SPRM, penggiliran tempat kerja dan pertukaran pegawai ke bahagian lain dalam agensi asal atau agensi lain adalah antara syor yang diberikan suruhanjaya itu menerusi perakuan Kertas Pemeriksaan SPRM apabila menyediakan khidmat pemeriksaan dan perundingan bagi memperbaiki sistem dan prosedur kerja.

"Pelaksanaan sistem giliran tempat kerja akan membantu mengurangkan peluang terdedah kepada jenayah rasuah atau salah guna kuasa," katanya.

SPRM berkata ia telah membincangkan syor pelaksanaan sistem giliran tempat kerja bersama agensi-agensi penguatkuasa pada tahun lepas.

SPRM berkata ia akan membincangkan bersama Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara lanjut untuk menguatkuasakan syor berkenaan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa baru-baru ini mengumumkan 50 pegawai yang menyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian akan ditukarkan secara dalaman di agensi masing-masing atau ke kementerian lain mulai bulan ini.

Tags / Kata Kunci: SPRM , jawatan sensitif , JPA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan