Bauksit: Tempoh Moratorium Dilanjutkan Tiga Bulan Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet pada Jumaat memutuskan untuk melanjutkan tempoh moratorium ke atas semua aktiviti bauksit di Pahang selama tiga bulan lagi.

Perkara ini diumumkan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang media di sini, Jumaat.

Tempoh moratorium itu sepatutnya berakhir pada 15 April ini.

Pelanjutan tempoh moratorium itu antara lain bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada yang berjumlah hampir empat juta tan metrik "dikosongkan" atau dieksport.

"Kementerian akan membantu pengeluaran bauksit dan memberi AP (permit eksport) mengikut kapasiti bulanan pelabuhan," katanya.

Wan Junaidi berkata ketika ini terdapat tiga kawasan penyimpanan stok bauksit iaitu di Pelabuhan Kuantan yang berjumlah 28,905 tan metrik, di luar Pelabuhan Kuantan (1,318,463.43 tan metrik) dan di kawasan lombong (2,309,270 tan metrik).

Beliau berkata semua stok simpanan itu perlu 'dikeluarkan' bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan untuk mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar.

Beliau menegaskan bahawa pengusaha perlu mematuhi garis panduan iaitu menggunakan lori bertutup sepenuhnya dan mendapatkan lesen khas daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengangkut bauksit dari kawasan simpanan ke pelabuhan sama ada Pelabuhan Kuantan atau Pelabuhan Kemaman, Terengganu.

"Jadi kalau orang ramai ada lihat lori yang menghantar bauksit ke pelabuhan, ia bukanlah satu kesalahan kerana lori tersebut ada lesen untk mengeluarkan stok bauksit yang sedia ada," jelasnya.

Menurutnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pengeluaran bauksit itu tidak menjejaskan alam sekitar seperti pencemaran habuk dan kualiti air.

"Penting untuk kita (kementerian) jaga alam sekitar. JAS akan memastikan tiada keciciran, tiada habuk berterbangan, tiada pokok jadi merah dan tiada keciciran di laut atau atas jalan raya serta di sungai di mana pelabuhan ini beroperasi," katanya.

Wan Junaidi berkata kerajaan negeri Pahang juga akan mewujudkan pusat pengumpulan khas bauksit dan membina jalan khas dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk lori pengangkut.

"Mungkin kerajaan negeri telah mengenal pasti (kawasan itu), hanya belum dibuat kerana banyak proses yang perlu dilakukan termasuk membuat parit, dinding dan prosedur operasi standard.

"Jalan dari kawasan perlombongan ke kawasan pelabuhan itu pula mesti di luar daripada kawasan bandar dan kampung," katanya.

Wan Junaidi berkata jika kesemua syarat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi dalam tempoh lanjutan tiga bulan itu, kementerian akan memohon semula kepada kabinet untuk melanjutkan lagi moratorium berkenaan.



Tags / Kata Kunci: moratorium bauksit , Pahang

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan