Sokongan Kerajaan Jadi Pemangkin Pelan Pemulihan - Proton

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 10:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd berkata sokongan kerajaan akan menjadi pemangkin kepada pelan pemulihan syarikat, yang merangkumi pelancaran tiga model baharu pada tahun ini, bermula dengan Perdana.

Pengeluar kereta nasional itu yakin syarikat akan kembali pulih dengan  pelantikan pengurusan yang baharu dan bantuan kerajaan akan memperkukuh keyakinan rakan kongsi perniagaan terhadap syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata syarikat akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya bagi  memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik.

Setakat ini, kata beliau, syarikat telah mengeluarkan pelbagai model dalam semua segmen, sama ada melalui keupayaan yang dibangunkan sendiri atau kerjasama yang terjalin dengan syarikat pengeluar kereta lain.

"Proton juga sentiasa berhubung dengan rakan-rakan strategik untuk mencari peluang kerjasama untuk mempertingkatkan penawaran produk dan mengurangkan masa untuk memasarkan produk," kata Ahmad Fuaad dalam satu kenyataan Jumaat.

Kerajaan hari ini meluluskan permohonan Proton untuk mendapatkan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion yang sebahagian besar daripada pinjaman itu adalah untuk membolehkan pengeluar kereta nasional tersebut membuat pembayaran kepada vendor yang membekalkan komponen kepadanya.

Ahmad Fuaad berkata Proton juga memahami bahawa kemampanan syarikat akan memberi kesan kepada ekosistem industri automotif tempatan yang melibatkan vendor, pembekal, peniaga, pengusaha kenderaan pramilik dan pelanggannya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed semasa mengumumkan pinjaman mudah itu berkata kerajaan akan menubuhkan  pasukan petugas khas yang diketuai oleh Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala untuk memastikan program transformasi ini berjaya.

Beliau berkata pasukan itu akan mempunyai tiga wakil, masing-masing dari sektor swasta dan sektor awam.

"Kami mengalu-alukan penubuhan pasukan petugas ini dan mengalu-alukan kerjasama dengan lebih rapat demi pertumbuhan masa depan Proton," kata Ahmad Fuaad.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan