Kerajaan Lulus Pinjaman RM1.5 Bilion Kepada Proton

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Jumaat meluluskan permohonan Proton untuk mendapatkan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sebahagian besar daripada pinjaman itu adalah untuk membolehkan pengeluar kereta nasional tersebut membuat pembayaran kepada vendor yang membekalkan komponen kepadanya.

Beberapa syarat turut dikenakan kepada Proton untuk memulihkan perniagaan, katanya.

"Antara syaratnya, Proton perlu meyakinkan kerajaan mengenai model perniagaan baharunya supaya perniagaan berdaya maju dan berdaya saing," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Secara khususnya, Mustapa berkata Proton antara lain perlu mewujudkan pelan penstrukturan semula syarikat itu serta menyediakan pelan strategik untuk memperluaskan pasaran di dalam dan luar negara.

Selain itu, Proton juga perlu mendapatkan rakan kongsi asing terkemuka yang akan membantu dalam penyelidikan dan pembangunan (R and D) serta menjadi syarikat yang berdaya maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa, katanya.

Beliau berkata, sebuah pasukan petugas yang diketuai oleh Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala akan ditubuhkan untuk memastikan program transformasi ini berjaya.

"Pasukan ini akan mempunyai tiga wakil, masing-masing dari sektor swasta dan sektor awam. Wakil kerajaan ialah bagi mewakili Kementerian Kewangan, Miti dan Unit Perancang Ekonomi manakala wakil sektor swasta akan dikenalpasti secepat mungkin," katanya.

Mustapa berkata selain daripada memastikan syarat-syarat pinjaman mudah dipatuhi, pasukan petugas ini juga dikehendaki meneliti model perniagaan Proton pada masa lepas, mengenal pasti kelemahan serta langkah untuk mengatasinya.

Beliau berkata industri automotif adalah sebuah industri yang strategik, dengan Proton mempunyai 12,000 orang pekerja yang bekerja secara langsung dan kira-kira 50,000 orang bekerja dengan syarikat vendor yang bergantung kepada Proton.

"Keputusan Kabinet pada hari ini (Jumaat) adalah juga bagi mengambil kira kebajikan kira-kira 60,000 orang pekerja yang bergantung secara langsung kepada masa depan Proton," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Proton , Miti , Kabinet , pinjaman mudah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan