Maxis Perkenal Peningkatan Kuota Data Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 4:46 PM

Morten Lundal

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maxis Berhad telah melancarkan kuota data baharu yang dipertingkatkan untuk semua pelanggan MaxisONE.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Morten Lundal pada Jumaat berkata syarikat itu baru-baru ini telah dibanjiri dengan 'pandangan negatif' di pusat-pusat panggilannya dan di media sosial.


"Sudah tentu ini menjadi kebimbangan kami ," kata beliau sambil menambah Maxis sentiasa memberi tumpuan terhadap penawaran 'produk unik untuk menarik minat orang ramai'.

"Baru-baru ini, pasaran telah diubah dan tumpuan diberikan terhadap penyediaan lebih banyak data.

"Kami telah membuat persediaan tawaran kami sendiri tetapi kami telah mengambil terlalu banyak masa kerana mahu menambah lebih banyak ciri-ciri hebat berbanding lebih banyak data," kata Lundal.

Beliau menambah bahawa sesetengah pelanggan individu Maxis baru-baru ini telah ditawarkan dengan pelan khusus mengikut kesesuaian.

"Ini telah menimbulkan kemarahan sebahagian daripada anda dan ia juga tidak sesuai dengan komitmen syarikat kami untuk keadilan dan ketelusan," katanya.

Lundal memohon maaf kerana syarikat itu lewat memberi respons kepada pelanggan dan juga membeza-bezakan pelanggannya.

Maxis juga mengumumkan rancangan naik taraf secara automatik kepada semua pelanggan pelan MaxisONE mereka kepada kuota data yang lebih tinggi dengan harga yang sama.


Beliau berkata, sebagai contoh, pelanggan MaxisONE dengan 1GB data akan mendapat 5GB data, manakala pelanggan dengan kuota 3GB akan dinaik taraf kepada 8GB.

Manfaat tidak hanya terhad kepada pelanggan baharu tetapi juga untuk semua pelanggan Maxis sedia ada, manakala pelanggan perniagaan MaxisONE  juga akan mendapat manfaat daripada naik taraf ini.

Selain peningkatan kuota, Maxis berkata ia akan mengumumkan inovasi selanjutnya yang akan membolehkan pelanggan melakukan lebih banyak perkara dengan data mereka.

Syarikat itu, bagaimanapun berkata, peningkatan itu hanya akan diperolehi pada akhir bulan ini, namun  data percuma 3GB boleh diperoleh mulai minggu depan.

"Kami terus memberi tumpuan kepada keutamaan kami untuk mempunyai rangkaian terbaik, perkhidmatan pelanggan yang hebat dan nilai yang besar. Dan kami akan menyampaikannya secara lebih baik dan lebih cepat," katanya.

Tags / Kata Kunci: pelan Maxis , Morten Lundal

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan