Laporan PAC Perlu Diambil Perhatian Oleh Pihak Berwajib

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 8:25 PM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perakuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan jawatankuasa itu berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mestilah diambil perhatian bersungguh-sungguh oleh pengurusan, kerajaan dan agensi berwajib.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata siasatan susulan hendaklah dibuat atas sebarang salah laku "tanpa takut dan pilih kasih" dan peletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah wajar diterima agar siasatan dapat dibuat tanpa prejudis atau halangan serta kaedah pemantauan lebih ketat dilaksanakan.

"Syor supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu terlibat dalam Lembaga Penasihat juga wajar diberi perhatian," katanya di dalam kenyataan mengulas Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkan PAC semalam di Dewan Rakyat.

Laporan PAC berkenaan 1MDB setebal 106 muka surat antaranya mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan.

Annuar berkata laporan Ketua Audit Negara serta laporan PAC yang dikeluarkan semalam seharusnya membebaskan 1MDB daripada segala fitnah yang kononnya RM42 bilion telah hilang dan RM2.6 bilion dibayar ke akaun peribadi Najib terbukti tidak benar sama sekali.

"Namun tidak dinafikan seperti mana-mana syarikat perniagaan lain, berkemungkinan berlaku masalah urus tadbir dan urus niaga yang sama sekali tidak harus dikaitkan dengan Najib yang mustahil terlibat dalam 'operasi harian' syarikat," katanya.

Annuar berkata diharapkan IMDB akan terus maju dan berkembang serta melangkah ke hadapan tanpa diganggu-gugat oleh mereka yang berkepentingan lebih- lebih lagi mereka yang ingin mengambil kesempatan mereka-reka isu bagi tujuan politik sempit.

"Kita harus mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak pengurusan 1MDB kerana kejayaan mereka menguruskan syarikat ketika mana ia diasak begitu rupa oleh pelbagai pihak yang sudah tentu menyukarkan pengurusan dan menjejaskan reputasi syarikat," katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat yang bermula dengan modal kerajaan hanya sebanyak RM1 juta, 1MDB kini siap siaga muncul sebagai sebuah syarikat pelaburan strategik berdaya maju dan berpotensi tinggi.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , laporan PAC , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan