SPRM Bukan Sahaja Tangkap Pesalah Malah Cegah Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 11:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terbatas hanya menyiasat dan menangkap seseorang individu serta membawa mereka ke muka pengadilan malah turut berperanan untuk mencegah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa daripada terus berleluasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sehubungan itu SPRM berusaha melakukan pelbagai pencegahan dengan menutup ruang dan peluang untuk melakukan jenayah.

Antaranya ialah Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia yang merupakan antara inisiatif SPRM yang dilaksanakan agar gejala rasuah dapat dibanteras.

"Program CeIO merupakan program yang diiktiraf bagi melahirkan pegawai integriti bertauliah di Malaysia. Matlamat program ini ialah memastikan pematuhan terhadap undang-undang, menyematkan budaya 'toleransi sifar' terhadap rasuah, salah guna kuasa danpenyelewengan serta memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan," kata beliau dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali kelima di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini,Khamis.

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam TanSri Mohamad Zabidi Zainal dan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz.

Sejumlah 173 peserta Pegawai Integriti Bertauliah menerima pengiktirafan pada Konvokesyen CeIO. Program CeIO merupakan program latihan yang dilaksanakan di bawah pengendalian Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC), MACA. 

CIDC berjaya melatih 544 orang peserta sejak 2010 hingga sekarang dan tempoh masa pengajian program ialah selama enam bulan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan