1MDB: Pembelian Saham RM10.6 Bilion Dibuat Tanpa Penilaian Terperinci - Berita Semasa | mStar

1MDB: Pembelian Saham RM10.6 Bilion Dibuat Tanpa Penilaian Terperinci

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembelian saham Tanjong Energy Holding bernilai RM10.6 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilakukan tanpa penilaian terperinci, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Pembelian saham Tanjong Energy Holding Sdn Bhd dengan harga bidaan RM10.6 bilion pada 8 Februari 2012 dilakukan tanpa pertimbangan terperinci mengenai kaedah pembiayaan, kos pinjaman dan komitmen yang terpaksa ditanggung 1MDB untuk pengambilalihan," kata PAC.

Siasatan PAC terhadap 1MDB bermula pada Mei 2015 tetapi dihentikan secara tiba-tiba berikutan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin menggantikan bekas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Antara yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada PAC ialah bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamarduddin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif semasa 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Shahrol.

Tags / Kata Kunci: Tanjong Energy Holding , 1MDB , PAC
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan