ABM Nafi Dakwaan Rehda Penolakan Pinjaman Rumah Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 6:34 PM

Datuk Abdul Farid Alias

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Malaysia  (ABM) menafi dakwaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) bahawa kadar penolakan bagi permohonan pinjaman perumahan mampu milik adalah tinggi.

Pengerusi ABM, yang juga Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Abdul Farid Alias, berkata daripada 456,000 permohonan pinjaman perumahan yang diterima industri tahun lepas, hanya 92,000 atau 20.39 peratus ditolak dan bukannya lebih 50 peratus seperti yang didakwa oleh Rehda.

"Bagi pinjaman dengan jumlah pokok kurang daripada RM500,000, kadar penolakan oleh industri tahun lepas ialah 19 peratus; bagi pinjaman dalam lingkungan RM500,000-RM1 juta, kadar penolakan ialah 20.71 peratus; pinjaman lingkungan RM1 juta-RM3 juta sebanyak 25 peratus; dan bagi pinjaman lebih RM3 juta sebanyak 36 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Maybank di sini, Khamis.

Abdul Farid berkata alasan utama penolakan ini ialah peminjam melebihi nisbah bayaran hutang mereka, tahap kadar hutang tinggi pada paras peminjam dan kegagalan mengukuhkan keupayaan pembayaran semula peminjam.

Setakat tahun ini, katanya, kadar penolakan bagi industri berjumlah 20.6 peratus dan kadar ini dijangka lebih tinggi tahun ini memandangkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Mengulas mengenai prospek suram beberapa penganalisis bagi Malaysia, beliau berkata pengurusan kualiti aset di Malaysia bertahan hasil daripada garis panduan bertanggungjawab Bank Negara Malaysia.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank, Mohamed Rafique Merican yang turut bersetuju dengan Abdul Farid berkata dana-dana asing mula kembali ke dalam pasaran, yang mencerminkan keyakinan yang muncul semula.

Pada masa hadapan, Pengerusi Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata Maybank menyasar mengukuhkan kedudukannya di Asean, serta menjadi penyedia perkhidmatan kewangan utama rantau ini dengan pengenalan Objektif Strategik Maybank 2020.

Di bawah pelan baharu itu, Maybank menyasar menjadi Bank Komuniti utama Asean, bank borong peneraju Asean yang menghubungkan dengan Asia, menerajui penginsurans Asean, peneraju global dalam kewangan Islam dan menjadi bank digital pilihan.

Abdul Farid berkata 2016 telahpun menyaksikan kumpulan itu mengukuhkan kedudukannya di rantau ini dengan pembukaan cawangan kedua di Laos dan menara pejabat 10 tingkat baharu di Kemboja.

"Kami akan membuka tidak lama lagi cawangan baharu di Shenzhen, cawangan kelima kami di China, ketika kami berusaha memanfaatkan aliran perdagangan Asean dan China," katanya. 

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan