Petugas Klinik Di UTC Labuan Mahu Rehat, Enggan Rawat Pesakit Asma

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri berhadapan saat cemas apabila klinik di UTC Labuan didakwa enggan merawat anak mereka yang berusia setahun mengalami kesukaran bernafas akibat penyakit asma yang dihidapinya.

Kejadian itu berlaku ketika suri rumah, Harnizum Sulaiman, 36 dari Beaufort berada di Labuan untuk menghadiri majlis tahlil arwah abangnya pada 4 April lalu.

Apabila mendapati anaknya diserang asma pada kira-kira pukul 4.30 petang, Harnizum dan suami terus bergegas ke klinik di UTC Labuan.

Mereka tiba di situ pada kira-kira pukul 4.45 petang, hanya 15 minit sebelum klinik itu ditutup.

"Petugas di klinik itu bukannya segera memberi rawatan kepada anak kami, sebaliknya dua jururawat berkenaan meminta kami ke unit kecemasan hospital berdekatan kerana ketika itu mereka akan menamatkan operasi dan mahu berehat.

"Malahan, mereka secara berseloroh apakah kami sedia membayar untuk mereka bekerja lebih masa jika masih mahu anak kami dirawat di situ," katanya sambil menambah ketika itu dia menangis sambil merayu supaya mereka membantu anaknya.

Tindakan jururawat itu menyebabkan dia dan suami terpaksa ke Hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, anak Harnizum dimasukkan ke wad sehari. 

"Mulanya kami mahu membuat laporan dengan hospital dan polis, tetapi selepas memikirkannya kami memutuskan untuk tidak berbuat demikian bagi mengelak isu itu diperbesarkan,"katanya.

Bagaimanapun, dia berharap pihak berkuasa kesihatan memberi perhatian terhadap apa yang berlaku bagi mengelak ia berulang.

"Nasib baik anak saya sudah pulih sekarang," katanya.

Kata Harnizum, sebagai kakitangan kesihatan, jururawat terlibat sepatutnya bertanggungjawab dan lebih prihatin terhadap nyawa orang ramai.


Tags / Kata Kunci: UTC Labuan , Harnizum Sulaiman

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan