Tanah Aina Resorts Terima Anugerah Green Era Di Berlin

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 7:06 PM

Suasana hijau dan nyaman di Tanah Aina Farrah Soraya di Raub, Pahang.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pusat pelancongan berteraskan alam semula jadi, Tanah Aina Resorts mencipta sejarah di peringkat antarabangsa apabila dipilih menerima Anugerah Green Era pada Forum Ekonomi Hijau di Berlin, Jerman Isnin lepas.

Anugerah disampaikan Presiden Persatuan Perunding dan Pengurusan Otherways dari Perancis, Chales S.Tibet itu merupakan pengiktirafan kepada Tanah Aina Resorts yang membangunkan eko-pelancongan berkonsepkan kelestarian hutan hujan tropika di Malaysia.

Pengarah Urusan Tanah Aina Resorts Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata penganugerahan itu satu kejayaan dan penghormatan kepada Tanah Aina Resorts khususnya, dan Malaysia amnya.

"Ini membuktikan negara kita amat kaya dengan keindahan khazanah alam dan perlu dipelihara dengan sebaik mungkin. Kekayaan dan keindahan alam semula jadi negara kita turut diiktiraf oleh negara luar," katanya dalam kenyataan, Rabu.

Menurutnya sebagai sebuah negara kaya dengan hutan hujan tropika, Malaysia sepatutnya menjadikan eko-pelancongan teras dan nadi ekonomi negara tanpa menggugat serta merosakkan khazanah alam yang dimiliki.

Tanah Aina Resorts, katanya komited untuk memastikan segala khazanah hutan di persekitarannya sentiasa terjaga dengan sebaik mungkin dan dapat dikongsi dengan masyarakat setempat dan pengunjung.

Ketika ini Tanah Aina Resorts mempunyai beberapa rangkaian resort seperti Tanah Aina Farah Soraya, Tanah Aina Farouq dan Tanah Aina Fahad di Raub; Tanah Aina Fareena di Lentang; Restoran Tanah Aina Azareena di Bentong, Pahang; dan Tanah Aina Farhana di Pengerang, Johor.

Kebanyakan rangkaian Tanah Aina Resorts terletak di kawasan hutan hujan tropika di Pahang, dan menjadi tarikan utama pelancong untuk berkunjung ke resort berkenaan.

Sementara itu, forum selama dua hari yang diadakan sejak Ahad lepas, turut  memberi Anugerah Green Era kepada syarikat-syarikat dari 48 buah negara di seluruh dunia, yang komited dalam mencapai kejayaan menerusi pelbagai bidang dan pada masa sama melestarikan alam semula jadi di negara masing-masing. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tanah Aina , Green Era , Berlin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan