Remaja Tanpa Kerakyatan Kini Warga Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas 17 tahun, Navin Moorthy kini secara rasmi menjadi warganegara di negara kelahirannya.

Remaja berdarah kacukan itu akhirnya dikenali sebagai rakyat Malaysia dan akan dikeluarkan kad pengenalan.

"Saya gembira akhirnya saya dapat (warganegara Malaysia). Ia mengambil masa lama. Ia sesuatu yang besar buat saya," kata Navin ketika ditemui pemberita di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, Rabu.

Navin pada Selasa menerima surat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang meluluskan remaja berusia 17 tahun itu sebagai warganegara Malaysia di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan.

Navin yang ditemani bapanya, R. Moorthy dan peguam, Annou Xavier hadir ke JPN di Putrajaya bagi memohon MyKad.

Bapa remaja berkenaan merupakan rakyat Malaysia dan ibunya warga Filipina, dan Navin disenaraikan sebagai "bukan warganegara" dalam sistem JPN semasa dia berusia dua tahun.

Moorthy membuat permohonan untuk anaknya mendapat status warganegara Malaysia di JPN di Putrajaya sebanyak dua kali, pada 21 Julai 2010 selepas remaja tersebut berusia 12 tahun, dan 17 November 2011.

Bagaimanapun, kedua-dua permohonan ditolak, dan pada 17 Disember 2013, Navin, menerusi bapanya, memfailkan saman sivil terhadap ketua pengarah JPN, ketua setiausaha KDN dan kerajaan Persekutuan.

Dalam permohonan tersebut, Navin berkata, dia dilahirkan di Klinik Sarmukh di Jalan Genting Klang pada 8 Julai 1998 dan dikeluarkan sijil kelahiran Malaysia.

Bapa remaja itu turut berkata, disebabkan anaknya bukan warganegara, dia terpaksa membayar levi bagi membolehkan Navin dimasukkan ke sekolah kebangsaan.

Mahkamah Tinggi pada 25 November 2014 mengarahkan Navin diberikan taraf warganegara dan MyKad.

Kerajaan membuat rayuan berhubung keputusan itu tetapi ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 Julai tahun lalu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan