Penyedia Makanan SMS Tapah Berdepan Larangan Beroperasi

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 10:31 AM

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon melawat dapur dan dewan makan asrama Sekolah Menengah Sains Tapah, Isnin lalu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Penyedia makanan di asrama Sekolah Menengah Sains Tapah berdepan larangan beroperasi di mana-mana kantin sekolah di seluruh negara jika didapati cuai sehingga menyebabkan keracunan makanan dalam kalangan pelajar.  

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, sebarang keputusan yang akan diambil hanya ditentukan selepas pihaknya menerima laporan siasatan kes keracunan itu termasuk ujian makmal.

"Kementerian Pendidikan telah menamatkan perkhidmatan pengusaha makanan di asrama itu serta-merta berikutan kes keracunan tersebut" katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Presiden MIC bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan di sini, Selasa malam.

Pada Sabtu lepas, 43 pelajar dan seorang guru mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan roti jala dan kari ayam yang dihidangkan di dewan asrama sekolah itu untuk makan lewat malam. 

Sehingga kini, 25 pelajar masih ditahan di Hospital Tapah bagi menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam sidang media sama berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam berkata, kementerian telah menjalankan tindakan kawalan dan pencegahan; pengesanan kes; mengenal pasti punca dan pemeriksaan dapur asrama.

"Selain itu, kementerian juga telah mengambil sampel makanan, persekitaran serta klinikal dan memberi pendidikan kesihatan kepada warga sekolah," katanya. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan