Pelajar Malaysia Berfahaman Ateis, Gay Peroleh Status Pelarian Di Kanada

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 12:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kanada telah membenarkan pelajar gay warganegara Malaysia dan berfahaman ateis untuk menetap di negara itu sebagai pelarian.

Lembaga Pelarian dan Imigresen Kanada membuat keputusan bagi membenarkan Hazim Ismail yang juga berfahaman ateis untuk menetap di sana selepas permohonannya didengar pada sesi yang berlangsung selama 20 minit pada Selasa.

CBC Kanada melaporkan, pelajar University Winnipeg berusia 27 tahun itu bimbang keselamatannya tergugat jika pulang ke Malaysia.

"Saya terharu dan menghargai keputusan yang dibuat," kata Hazim menerusi temubual dengan badan penyiaran negara itu.

Hazim berkata, beliau pernah berhasrat untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan hidup secara berselindung tetapi bertukar fikiran apabila permohonannya mendapat perhatian media.

Beliau mendakwa telah diugut dan diserang dengan pelbagai komen serta kata-kata kesat.

"Saya cuba bertahan untuk meneruskan hidup kerana Malaysia tidak menerima homoseksual," katanya.

Peguamnya, Bashir Khan berkata, keputusan lembaga berkenaan bermakna Hazim tidak akan dihantar pulang ke tanahairnya.

Hazim akan menerima dokumen bertulis berhubung keputusan itu dalam masa tiga atau enam minggu lagi sebelum mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status penduduk tetap Kanada.

"Proses ini dijangka mengambil masa antara 10 hingga 13 bulan," kata Bashir.

Berita mengenai Hazim diketahui ramai apabila kempen secara dalam talian, GoFoundMe dilancarkan Disember lalu bagi mengumpul dana untuk membantu pelajar itu membiayai perbelanjaan pengajiannya selepas keluarganya di Malaysia menyisihkannya selepas mengetahui statusnya berfahaman ateis dan gay.



Tags / Kata Kunci: Hazim Ismail , Kanada , University Winnipeg

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan